Berita | Sultan Johor perkenan bubar DUN

JOHOR BAHRU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan hari ini, selepas beberapa minggu spekulasi dan gesaan daripada pemimpin Umno bagi pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menandatangani watikah pembubaran DUN selepas menerima menghadap Menteri Besar Hasni Mohammad pada 5 petang tadi di Istana Bukit Serene.

PRN mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN, bermaksud yang akan datang mungkin diadakan pada atau sebelum 23 Mac.

Timbul ura-ura dalam beberapa minggu kebelakangan ini bahawa PRN mungkin diadakan, dengan majoriti kerajaan pimpinan Barisan Nasional berkurang kepada satu kerusi berikutan kematian ADUN Kempas Bersatu Osman Sapian pada Disember.

Johor adalah negeri ketiga mengadakan PRN dalam tempoh beberapa bulan ini, selepas Melaka dan Sarawak masing-masing mengundi pada November dan Disember lepas.

Sekumpulan pemimpin BN sebelum ini bercakap tentang keperluan PRN diadakan, mungkin dengan harapan gabungan itu dapat memanfaatkan momentum daripada kemenangan di Melaka dan Sarawak, menerusi hubungannya dengan GPS.

Pada Rabu, Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata, kerajaan berada dalam “kedudukan tidak menentu” berikutan kematian Osman, dan sudah tiba masanya untuk PRN, memandangkan Umno berada di kedudukan terbaik untuk menang.

“Pihak pembangkang takut, kerana mereka tahu Umno berada pada kedudukan yang kukuh. Keputusan PRN Melaka adalah buktinya,” katanya kepada CNA.

Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil sebelum ini memberitahu Sin Chew, PRN “perlu diadakan dalam masa terdekat untuk mendapatkan mandat rakyat”, dengan meramalkan gabungan itu mampu memperoleh antara 32 hingga 42 daripada 56 kerusi. – FMT

Oleh: Fahmi Yusof

kredit foto: MyKmu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: