Artikel | Orang Ampang tanya, mana Zuraida?

Tahun Baru Cina di bumi Ampang kali ini tak sama macam tahun-tahun sudah. Menjelang Tahun Baru kali ini, orang Ampang tak nampak kelibat Zuraida Kamaruddin.

Sebelum ini, menjelang Tahun Baru Cina, Zuraida Kamaruddin antara orang paling sibuk menyantuni, mengedarkan buah limau, angpau dan sumbangan kepada komuniti Cina sekitar Ampang, buat persediaan sambut Tahun Baru. Selaku ahli parlimen, kehadiran Zuraida sangat dirasai.

Tapi sekarang lain jadinya. Sudah beberapa kali kawan berbangsa Cina mengadu tahun baru kali ini tak nampak kelibat Zuraida ketika kami lepak minum. Walaupun teh tarik berbuih nampak sedap, tapi soalan-soalan tadi menumpulkan selera. Dalam fikiran saya bermain soalan, mana Zuraida?

Saya siasat. Rupanya seminggu sebelum Tahun Baru Cina, Zuraida bersama KPPK menjadi wakil Malaysia menyertai Dubai Expo 2022 untuk melebarkan pasaran agrikomoditi di peringkat global.

Peluang ini juga digunakan Zuraida melawan kempen anti-sawit dari EU dan US sebagai usaha mengekalkan harga sawit yang memberi manfaat kepada KDNK negara dan pekebun kecil tempatan.

Pasti ada yang tanya, nasib pekebun kecil terbela, bagaimana pula dengan kami warga Ampang?

Zuraida Kamaruddin bukan one wo(man) show, dia sosok ibu yang membangunkan anak-anak Ampangnya. Kita semua maklum, Zuraida antara pemimpin yang serius membangunkan anak muda dan wanita, sama ada dalam lapangan politik atau tidak.

Jadi, menjelang Tahun Baru Cina, Parlimen Ampang telah menggerakkan lebih ramai anak muda dan kaum wanita untuk menyantuni dan mengedarkan angpau serta sumbangan kepada komuniti Cina di Ampang.

Pada 29 Januari lepas, pejabat Parlimen Ampang bersama anak muda dan wanita Ampang telah mengedarkan limau dan sumbangan beg buah tangan di Pasar Pagi Pekan Ampang.

Keesokan harinya, pejabat Parlimen bersama pelbagai NGO termasuk Pemuda dan Wanita Muda mengedarkan limau di sekitar Bandar Baru Ampang, Spectrum Ampang, Rumah Orang Tua Ampang, Bukit Antarabangsa serta di kawasan Lembah Jaya.

Fahamlah saya, walaupun Zuraida Kamaruddin tidak hadir seperti tahun sebelumnya, tapi budi dan tanggungjawabnya sampai kepada semua.

Malahan, dengan cara Zuraida, Tahun Baru Cina kali ini mendekatkan lagi semua kelompok termasuk wanita dan anak muda tanpa mengira kaum untuk sama-sama menjayakan dan meraikannya. Gong Xi Fa Cai! – PPI

oleh: Razi Munir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: