Berita | Tindakan Perlindungan Sempadan oleh US ke atas Sime Darby Plantation tidak berasas – Zuraida

KUALA LUMPUR, 2 FEB: Tindakan perlindungan sempadan oleh US ke atas Sime Darby Plantation atas alasan isu buruh paksa baru-baru ini tidak berasas dan terburu-buru, kata Menteri KPPK, Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin.

Menurut Zuraida, KPPK sedang memantau rapi tindakan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat terhadap Sime Darby Plantation (SDP) atas alasan isu buruh paksa, baru-baru ini.

“KPPK dimaklumkan bahawa CBP telah menurunkan taraf tindakan terhadap Sime Darby Plantation daripada Perintah Pelepasan Penahanan ‘Withhold Release Order’ (WRO) kepada Penemuan (Finding) dimana produk masih boleh mendarat di Amerika Syarikat namun tidak boleh didagangkan atau diproses”.

“Walau bagaimanapun, berikutan notis penemuan yang diterima oleh Sime Darby Plantation, sebarang produk yang ditemui akan dirampas”.

“Saya berpandangan yang tindakan CBP ini adalah terburu-buru dan tidak berasas memandangkan SDP sedang menyusun laporan bebas yang komprehensif dan bakal diserahkan kepada Amerika Syarikat dalam masa yang terdekat”, tambah Zuraida dalam satu kenyataan media.

Dimaklumkan, dalam menyelesaikan isu ini, KPPK akan bekerjasama rapat dengan Wisma Putra dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Selain itu, Kementerian juga akan memperluaskan kerjasama sepenuhnya dengan agensi di Amerika Syarikat dan negara lain supaya minyak sawit keluaran negara boleh didagangkan secara bebas di peringkat global.

Zuraida juga menegaskan bahawa industri minyak sawit Malaysia beroperasi di bawah piawaian ketat yang selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Kementerian juga bekerjasama rapat dengan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi memastikan industri minyak sawit negara mematuhi undang-undang dan amalan domestik dan antarabangsa yang telah ditetapkan”. – PPI

kredit foto: FB Zuraida Kamaruddin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: