Berita | LTKN dan swasta bina kilang ‘non-woven thermobonding’ perkasa produk kenaf

KUALA LUMPUR, 4 FEB: Pasaran produk kenaf diperkasa dengan pemeteraian perjanjian antara Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) bersama pihak swasta bagi membina Kilang Non-Woven Thermobonding Kenaf.

Menurut Menteri KPPK, kilang yang menghasilkan produk non-woven thermobonding kenaf ini terletak di Pusat Pemprosesan dan Pengeluaran Produk Kenaf di Setiu, Terengganu.

“Kerjasama tersebut merupakan salah satu usaha oleh Kementerian melalui LKTN untuk meningkatkan rantaian nilai selain memperluas permintaan produk berasaskan fiber kenaf di pasaran”, katanya ketika menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian antara Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dan Syarikat Eadeco Nonwoven Sdn Bhd(EADECO) selaku operator kilang ‘non-woven thermobonding’ kenaf.

“Kilang berkenaan mampu mengeluarkan 2,400 metrik tan produk non-woven thermobonding kenaf setahun dengan nilai RM18 juta untuk pasaran domestik dan eksport. Kilang ini juga dapat menyokong pembangunan industri kenaf dan tanaman pokok kenaf sehingga 2,000 hektar di kawasan sekitar merangkumi negeri Terengganu dan Kelantan”.

“Langkah untuk menjalinkan kerjasama strategik antara pihak awam dan swasta merupakan pendekatan serta halatuju baru dalam usaha mempromosikan produk-produk berasaskan agrikomoditi negara”.

“Melalui pelantikan EADECO sebagai operator kilang ‘non-woven thermobonding’ ini, kementerian percaya ia akan menjadi pemangkin kepada kemajuan industri kenaf di Malaysia”. – PPI

Oleh: Razman Huzir

Kredit foto: Facebook KPPK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: