Berita | 400,00 pekebun kecil dapat manfaat kenaikan harga sawit hampir RM6,000 per tan
KUALA LUMPUR, 7 FEB: Harga minyak sawit mentah ke paras tertinggi mencecah RM5,759 per tan yang juga merupakan harga paling tinggi dalam sejarah industri sawit Malaysia telah memberi manfaat kira-kira 400,000 pekebun kecil seluruh negara, kata Menteri KPPK, Zuraida Kamaruddin.
“Peningkatan ini merupakan bukti komitmen dan dedikasi Industri Perladangan dan Komoditi (MPIC) melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), bersama Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) untuk membantu rakyat melalui pelbagai inisiatif dan dasar Kerajaan”.
“Terkini, kita akan terus berusaha mengembangkan pasaran minyak sawit Malaysia ke pasaran luar negara, terutamanya di Asia Barat seperti di Turki dan Arab Saudi, memandangkan peningkatan minyak sawit Malaysia eksport ke Turki dengan jumlah 703,588 tan pada 2021 dan komitmen Arab Saudi untuk meningkatkan import Minyak sawit Malaysia kepada 500,000 tan metrik yang dianggarkan mencecah RM1.5 bilion, tahun ini”. – PPI