Berita | Eksport produk sawit ke India meningkat kepada RM17.8 bilion– PM
KUALA LUMPUR, 8 FEB: Jumlah eksport produk berkaitan sawit ke India mencatatkan peningkatan yang membanggakan dengan eksport melebihi sekali ganda iaitu daripada RM8.5 bilion pada 2020 kepada RM17.8 bilion pada 2021, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Jumlah eksport kayu dan produk berasaskan kayu ke India juga meningkat, daripada RM781 juta ringgit kepada RM839 juta ringgit bagi tempoh yang sama, iaitu peningkatan sebanyak 7.5 peratus”,
“Peningkatan ini turut menyumbang kepada pendapatan eksport agrikomoditi negara dianggarkan berjumlah RM189.8 bilion, meningkat sebanyak 41.6 peratus setakat November tahun lalu berbanding tempoh yang sama pada tahun 2020.
“Pada 2022 pula, jumlah eksport agrikomoditi terus mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan walaupun negara masih berada dalam pandemik Covid-19,” katanya.
“Lebih penting, hasil daripada pekerjaan di sektor ini berjaya mengurangkan keluarga yang dibelenggu kemiskinan dan kadar kemiskinan dalam kalangan peladang dan pekebun kecil sektor agrikomoditi menurun dengan signifikan”. – PPI