Berita | J&J didakwa tutup kilang senyap-senyap

NEW YORK: Syarikat Johnson & Johnson (J&J) didakwa secara senyap-senyap menutup satu-satunya kilang untuk membuat vaksin COVID-19 hujung tahun lalu, lapor New York Times (NYT) .

Laporan itu yang memetik sumber rapat dengan keputusan itu berkata, pemberhentian operasi itu dikatakan sementara, apabila kilang di bandar Leiden, Belanda dijangka mula menghasilkan vaksin lagi beberapa bulan akan datang.

Menurut laporan NYT, kilang itu bukan saja menjalankan eksperimen vaksin tetapi berpotensi meraih keuntungan untuk memberi perlindungan terhadap virus tidak berkaitan.

J&J ketika ini menghasilkan jutaan dos vaksin COVID-19.

Menurut syarikat itu menerusi e-mel, pihaknya terus menyediakan tapak kilang untuk produk isi dan siap (fill and finish) dengan bahan ubat yang diperlukan untuk penghasilan pelalian itu.

“Kami terus memenuhi kewajipan kontrak yang ada kaitan dengan kemudaha COVAX dan Kesatuan Afrika,” kata J&J.

Memetik laporan NYT, kilang J&J di Leiden ditutup sementara sekali gus mengurangkan bekalan vaksin sehingga beberapa ratus juta dos.

Laporan itu juga menyebut bahawa kemudahan kilang juga digunakan untuk menghasilkan vaksin tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia masih beroperasi atau sebaliknya serta belum menerima kelulusan kawal selia untuk menghasilkan pelalian itu.

Pada bulan lalu, firma pembuat ubat-ubatan itu menjangkakan sekitar AS$3.5 bilion (RM14.6 bilion) hasil jualan dari vaksin COVID-19 tahun ini.

Unjuran itu adalah lonjakan sebanyak 46 peratus berbanding AS$2.39 bilion (RM10 bilion) pada tahun lalu, setahun terpalit dengan kegagalan pembuatan, isu kebimbangan keselamatan dan permintaan tidak sekata untuk permintaan vaksin bagi dibekalkan ke kawasan sukar dicapai. – REUTERS

kredit foto: Cnet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: