Berita | Peningkatan kes COVID-19 tidak jejas SUKMA KL – Ahmad Faizal

KOTA TINGGI: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) optimis peningkatan kes COVID-19 tidak akan menjejaskan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu percaya penganjuran temasya sukan itu boleh dilaksanakan sekiranya ia dilangsungkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Bagaimanapun menurutnya skala temasya Sukma Kuala Lumpur itu tertakluk kepada kebenaran daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

https://embed.astroawani.com/embed-news-keyword/keyword/vaksin/id/345772

“Saya percaya kalau kita terus jaga SOP dan sebagainya, tiada acara yang boleh terganggu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf dan Baik Pulih Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada peningkatan kes COVID-19 kini akan menjejaskan penganjuran Sukma Kuala Lumpur 2022.

Ditanya mengenai jadual penganjuran Sukma Kuala Lumpur, Ahmad Faizal berkata tarikh serta acara yang bakal dipertandingkan dijangka dapat dimuktamadkan pada akhir bulan ini.

“Kita masih tunggu memorandum daripada jemaah menteri untuk kita mohon daripada kerajaan agar menyediakan satu jumlah peruntukan bagi kita mengadakan Sukma Kuala Lumpur,” katanya.

Mengenai keadaan fasiliti bagi Sukma Johor yang bakal digunakan pada 2024, Ahmad Faizal berkata pihak berkaitan diminta agar sering melakukan penyelenggaraan bagi memastikan kemudahan-kemudahan itu sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Kalau pun tidak ada Sukma, kita tetap kena selenggara… saya mohon semua pihak sebagai penyelenggara fasiliti hendaklah menjaganya dengan baik.

“…ini kerana semua fasiliti kita bina adalah menggunakan kantung (peruntukan) daripada kerajaan dan ia wang rakyat, jadi amat perlu kita jaga sebaik mungkin,” katanya yang menambah kesemua kompleks dan fasiliti sukan di seluruh negara sentiasa diselenggara dan berada dalam keadaan baik.

Malaysia semalam mencatat 13,944 kes COVID-19, sekali gus merekodkan kes baharu melebihi paras 10,000 untuk tiga hari berturut-turut. – Bernama

credit photo: SumberKini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: