Berita | 39.1 peratus populasi negara sudah dapat dos penggalak

KUALA LUMPUR: Seramai 12,769,610 individu atau 39.1 peratus keseluruhan populasi penduduk negara ini sudah mendapatkan dos penggalak COVID-19 masing-masing, sehingga setakat semalam.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 22,933,328 individu dewasa atau 98 peratus sudah lengkap mendapatkan dua dos vaksinasi, manakala 23,208,714 individu atau 99.2 peratus sudah mendapatkan satu dos vaksinasi mereka.

Bagi populasi remaja usia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 88.8 peratus atau 2,793,710 individu sudah lengkap dua dos vaksinasi dan sekurang-kuranganya 91.3 peratus atau 2,871,310 individu sudah mendapatkan satu dos masing-masing.

Sementara itu, bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pula, sehingga kini sebanyak 1.7 peratus atau 62,809 orang sudah diberikan satu dos vaksinasi.

Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan semalam.

Dalam perkembangan lain pula, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapannya di Twitter, berkata kadar kebolehjangkitan COVID-19 (Ro/Rt) pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah1.47.

Labuan mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.94, diikuti Sarawak (1.84), Sabah (1,73) dan Perlis (1.67), Putrajaya (1.46) dan Terengganu (1.42).

Negeri lain iaitu Pulau Pinang (1.38), Kedah (1.37), Johor (1.31), Kelantan (1.31), Pahang (1.30), Selangor (1.27), Perak (1.25), Kuala Lumpur (1.22), Negeri Sembulan (1.17) dan Melaka (1.19). – Berita Harian

oleh: Saadiah Ismail

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: