Berita | Biji koko berkualiti tinggi Malaysia dipamer di Dubai

KUALA LUMPUR: Lembaga Koko Malaysia (MCB) mempamerkan usahanya menghasilkan biji koko single-origin (berasal dari satu sumber) berperisa halus di Ekspo 2020 Dubai bagi memenuhi misi Malaysia menjadi antara pengeluar biji koko berkualiti tinggi dunia.

Ia juga berhasrat mengembangkan perdagangan koko dan coklat melalui perbincangan dan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) semasa acara itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, MCB berkata ia memberi tumpuan kepada mengekalkan kepentingan koko dan memperkenalkan ketepatan dan pengurusan koko pintar menerusi revolusi perindustrian keempat (IR4.0), untuk pembangunan industri koko Malaysia.

“Ketepatan dan pengurusan ladang koko yang pintar menyediakan pelan tindakan untuk meningkatkan produktiviti koko di samping mengurangkan kos input pertanian,” katanya.

Untuk ini, MCB dan Agrocloud Sdn Bhd bekerjasama sebagai rakan kongsi strategik dalam pertanian koko teknologi pintar dan dokumen MoU dimeterai semasa pelancaran Minggu Pertanian Lestari (Agrikomoditi Makanan) di Pavilion Malaysia Ekspo 2020 Dubai pada 7 Februari 2022.

Kerjasama itu akan memberi tumpuan kepada meningkatkan produktiviti penanaman koko Malaysia melalui Internet Pelbagai Benda (IoT) dan metodologi pertanian moden, termasuk mekanisasi, pertanian ketepatan dan pertanian automatik.

Penyertaan keseluruhan Malaysia dalam Ekspo 2020 Dubai diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTCCC) sebagai agensi pelaksana. – Bernama

kredit foto: Forbes

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: