Berita | Perang PRN Johor bermula 12 Mac depan

KINI tumpuan seluruh rakyat Malaysia akan beralih kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan dilaksanakan pada 12 Mac depan.

Pilihan raya itu akan membuka tirainya pada 26 Februari, manakala tarikh mengundi awal pada 8 Mac.

Seramai 2,597,742 pengundi layak bakal mengundi pada tarikh tersebut yang melibatkan 2,574,835 pengundi biasa, 10,955 anggota tentera dan pasangan serta 11,576 anggota polis dan pasangan serta 376 pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

Pada Rabu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac depan sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari, manakala tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas SPR Berkaitan PRN Johor ke-15.

Dalam pada itu, SPR menganggarkan peruntukan sebanyak RM96 juta diperlukan bagi PRN Johor ke-15.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, seramai 49,290 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRN Johor melibatkan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). – Sinar Harian

oleh: Muhammad Yusainy Mohamad Yunus

kredit foto: BeritaHarian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: