Berita | MPOC bimbang WRO ke atas syarikat minyak sawit jejas syarikat lain

PETALING JAYA: Malaysia menyuarakan kebimbangan kepada Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) mengenai bagaimana Perintah Sekatan Pelepasan (WRO) yang dikeluarkan badan itu ke atas dua syarikat kelapa sawit boleh menjejaskan pihak lain dalam rantaian bekalan.

Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) Larry Sng berkata, ia antara pelbagai isu dibincangkannya pada mesyuarat di Washington bulan lalu bersama wakil daripada Jabatan Buruh AS, Perhubungan Luar Senat dan Jabatan Negara berhubung dakwaan firma itu menggunakan tenaga buruh paksa.

“Walaupun kita tidak membincangkan secara khusus berhubung syarikat yang terjejas daripada WRO, kita bagaimanapun membincangkan isu rantaian bekalan.

“Kita bimbang bagaimana WRO ini berpotensi memberi kesan terhadap syarikat Malaysia lain yang mungkin tidak dikeluarkan perintah itu tetapi akan menghadapi masalah dengan barangan mereka di pelabuhan AS,” katanya kepada FMT.

Dua syarikat berkaitan minyak sawit dan anak syarikat serta usahasama dikenakan WRO kerana terdapat bukti berlakunya amalan buruh paksa, ialah Sime Darby Plantation dan FGV Holdings Bhd.

Minggu lalu, Pemangku Pengarah Eksekutif Pemulihan Perdagangan dan Penguatkuasaan Undang-Undang CBP Eric Choy dalam sidang media secara maya memberitahu media Malaysia bahawa Sng telah bertemu pegawai agensi untuk membincangkan mengenai isu WRO itu.

Choy berkata pemulihan terhadap penemuan amalan buruh paksa itu bukanlah satu proses semalaman kerana ia melibatkan pelaburan kewangan yang besar oleh firma terjejas yang mana mereka perlu menstruktur semula syarikat dalam proses terbabit.

Sng berkata dialog yang diadakan antara beliau dan CBP adalah untuk meningkatkan kefahaman negara ini mengenai matlamat agensi itu dan menyuarakan komitmen sektor minyak sawit negara dalam menangani isu berhubung buruh paksa.

“Proses dalam menyelesaikan WRO tidak jelas kepada ramai ketua industri kami dan saya gembira bahawa selepas perbincangan kami dengan CBP, kami telah mendapat sedikit kejelasan tentang cara industri harus maju ke depan untuk menangani isu ini.”

Beliau menyifatkan perbincangan di Washington itu sebagai positif selain telah mengadakan satu lagi pertemuan awal bulan ini bersama wakil MPOC untuk berkongsi pandangannya berhubung dialog berkenaan.

“Saya yakin syarikat kita melakukan yang terbaik untuk menyusun laporan mereka kepada CBP.

“Menjelang bulan depan, salah satu syarikat yang terjejas akan menghantar laporannya ke agensi AS,” katanya. – FMT

oleh: K. Parkaran

kredit foto: MalayMail

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: