Berita | Anwar namakan Maszlee sebagai calon PKR bagi PRN Johor

Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini menamakan Maszlee Malik sebagai salah seorang calon parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Maszlee yang merupakan ahli Parlimen penggal pertama akan bertanding di kerusi Layang-Layang yang merupakan salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Simpang Renggam di mana beliau memenangi pada 2018 atas tiket Bersatu.

PKR menyertai PRN Johor tanpa menggunakan logo Pakatan Harapan, gabungan pembangkang yang diketuai presidennya.

Sebaliknya, parti itu memilih untuk bertanding menggunakan logonya sendiri memberi alasan kegagalannya untuk memenangi sebarang kerusi pada PRN Melaka baru-baru ini.

Pengumuman Anwar Maszlee akan mewakili PKR itu tampil ketika bekas menteri pendidikan yang berkhidmat kurang dari 20 bulan sebelum meletakkan jawatan daripada Kabinet Dr Mahathir Mohamad pada 2020 disebut-sebut menjadi calon menteri besar Johor bagi pembangkang.

Maszlee yang aktif dengan beberapa organisasi Islam adalah penyokong kuat Anwar.

Pada Oktober 2020, MalaysiaNow melaporkan Maszlee menandatangani akuan bersumpah untuk menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri, menyertai pemimpin Umno Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi yang turut menulis surat kepada istana untuk menyokong pemimpin pembangkang tersebut. – MalaysiaNow

kredit foto: MalayMail

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: