Berita | Ukraine tuntut pertemuan segera dengan Russia, negara Eropah lain

KYIV: Ukraine meminta satu pertemuan segera dengan Russia dan berpuluh-puluh negara Eropah lain bagi menjelaskan tindakan Moscow menambah jumlah tentera di sepanjang sempadan bekas negara Soviet itu.

Menteri Luar, Dmytro Kuleba di laman Facebook, semalam berkata, Russia tidak mengendahkan permintaan rasmi Kyiv untuk mendapatkan penjelasan mengenai tindakan Moscow menempatkan lebih 100,000 tentera dan senjata canggih di sekitar Ukraine.

“Ukraine berusaha mengadakan pertemuan dengan Russia dan semua negara anggota dalam tempoh 48 jam akan datang untuk membincangkan mengenai pengukuhan dan pergerakan tentera Russia di sepanjang sempadan kita,” katanya.

Dokumen Vienna 1990 memerlukan 57 ahli Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) untuk berkongsi maklumat mengenai pasukan tentera mereka dan memberitahu satu sama lain perihal aktiviti besar yang dilaksanakan.

Setakat ini, tiada maklum balas segera dari Moscow terhadap permintaan Kuleba.

Amerika Syarikat (AS) turut bimbang situasi pengumpulan tentera Russia boleh membawa kepada pencerobohan ke atas Ukraine pada ‘bila-bila masa’. – AFP

kredit foto: WSJ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: