Artikel | Lawan pemanasan global dengan buluh

Tajuk artikel ini serius. Bukan fiksyen dalam Do Re Mi yang gunakan buluh runcing untuk kalahkan Raja Pasola.

Buluh merupakan nikmat khazanah untuk kita yang duduk di kawasan tropika. Dalam 1,400 spesies buluh seluruh dunia, 70 spesies terdapat di Malaysia antaranya buluh semantan, buluh beting, buluh betong, buluh duri, buluh minyak, buluh lemang dan buluh beti.

Buluh bukannya anugerah kecil. Sifat buluh menjadikannya sesuai sebagai bahan bangunan, perabot serta pakaian. Kalau kita ke Kg. Talang, basikal di sana direkabentuk menggunakan buluh di Bamboo Jungle Adventures.

Terbaharu, pengenalan kepada buluh dimasukkan ke dalam silibus Fakulti Sains Gunaan UiTM iaitu Sarjana Muda Sains (Kepujian) Eko-Teknologi bahan mesra alam yang berpotensi dimajukan.

Ya, buluh dimasukkan dalam silibus kerana berupaya menghasilkan papan gentian, papan serpai, papan venir serta papan lamina dan juga penyelidikan berkaitan bahan yang di ekstrak daripada buluh seperti lignin dan silika yang boleh diguna pakai untuk menghasilkan pelbagai-bagai produk yang mesra alam dan tidak bertoksik.

Jadi, industri buluh bukan cerita tentang untung-rugi walaupun dilaporkan pada 2018 sahaja, nilai ekonomi buluh dunia mencecah hampir RM285.6 bilion setahun dengan China, India dan Taiwan merupakan antara negara dominasi utama.

Unjuran menunjukkan jumlah ini akan terus meningkat sehingga 5% setahun sehingga tahun 2025, yang didorong oleh permintaan global yang tinggi.

Jadi, dalam usaha pembangunan lestari serta menjana ekonomi usahawan tempatan, tidak ada sebab untuk kita tidak manfaatkan buluh ini.

Maka wajarlah apabila minggu lalu Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) menandatangani MoU bersama Tadom Hill bagi penubuhkan One-stop Centre yang berperanan sebagai pusat maklumat setempat termasuk promosi, penyelidikan dan pembangunan berkaitan industri buluh di Malaysia. – PPI

Oleh: Yahya Mokhtari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: