Berita | Walau disekat US dan EU, eksport sawit Malaysia terus meningkat

KUALA LUMPUR: Walaupun terdapat sekatan oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah terhadap minyak sawit Malaysia, KPPK terus bekerja keras bagi memastikan kepentingan jangka panjang industri minyak sawit terjaga dan seterusnya membantu pekebun kecil kelapa sawit dan pihak berkepentingan lain, tegas Menterinya, Zuraida Kamaruddin.

“KPPK tekad untuk terus berusaha memperluaskan pasaran minyak sawit tempatan ke pasaran luar negara khususnya di Asia Barat seperti Turki dan Arab Saudi”,

“Ia susulan terdapat peningkatan pada jumlah eksport bahan tersebut ke Turki dengan 703,588 tan dicatatkan pada 2021 dan komitmen Arab Saudi untuk meningkatkan import minyak sawit tempatan kepada 500,000 tan yang dianggarkan mencecah RM1.5 bilion tahun ini”,

Sebelum ini, KPPK melalui agensinya telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama beberapa syarikat antaranya Savola Group yang merupakan pengimport dan pengedar minyak makan terbesar di Arab Saudi.

KPPK turut menjalinkan tiga bidang kerjasama termasuk pembinaan terminal penyimpanan tangki di Jeddah, menjadikan Arab Saudi sebagai hab eksport semula minyak sawit Malaysia dan kempen bersama bagi mempromosikan kebaikan minyak sawit Malaysia. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: