Berita | PBM Parti Politik Terawal Jalani Ujian Psikometrik Antirasuah

KUALA LUMPUR: Parti Bangsa Malaysia (PBM) antara parti politik terawal yang menjalani ujian Psikometrik Antirasuah bagi setiap pemimpin politik peringkat bahagian.

Menurut Timbalan Presiden PBM, Haniza Mohamed Talha merangkap ADUN Lembah Jaya berkata, seramai 18 pemimpin PBM yang mengambil ujian RBTag ini.

“Semua pemimpin yang menjalani ujian ini berpotensi untuk bertanding di Selangor pada PRU-15 akan datang”,

“Ujian ini dapat membuktikan mereka bersih daripada unsur-unsur rasuah yang cenderung mengganggu kestabilan ekonomi dan politik negara”.

Tambah Haniza lagi, insyaAllah calon PBM di PRN Johor akan datang juga akan menjalani ujian RBTag ini bagi membuktikan kewibawaan dan integriti jika dipilih kelak.

Antara pemimpin PBM yang menjalani ujian RBTag ini ialah Haniza Mohamed Talha, Datuk Roger Tan Seng Huat (Naib Pengerusi Selangor), Shoba Selvarajoo (Naib Pengerusi III Selangor), Jafar Mohd Wahyu (Ketua Pemuda Selangor), Mohd Fariz Jaafar (Setiausaha Pengelola), Dr Daroyah Alwi (Pengerusi Bahagian), Nur Nariesha Azlan (Ketua Wanita Muda) dan ramai lagi. -PPI

kredit foto: BeritaHarian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: