Berita | Jangan hanya sindir, buka semula fail jika benar pendakwaan terpilih, Anwar cabar PM

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mencabar kerajaan membuka semula fail bagi kes jenayah yang didakwa berlaku pendakwaan terpilih semasa Pakatan Harapan memerintah.

“Kalau Perdana Menteri mengandaikan di bawah kerajaan PH berlaku pendakwaan terpilih, tidak ada halangan sama sekali untuk Peguam Negara membuka fail-fail tersebut. Jangan bagi alasan dan berikan sindiran,” katanya di Dewan Rakyat.

Anwar yang juga Presiden PKR menarik perhatian kepada dakwaan bahawa seorang konglomerat dilindungi kerana anak individu itu terlibat kes dadah. Beliau mengingatkan kerajaan bahawa tidak ada had masa untuk kes jenayah.

“Bagi saya ada baiknya, supaya kadang-kadang orang yang berdegar-degar cakap pasal rasuah itu tahu ‘hadnya’ bila dia sendiri atau keluarganya terpalit dengan jenayah atau rasuah,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar menolak andaian dalam kalangan pemimpin yang merasakan orang Melayu boleh menerima rasuah, menyifatkan ia sebagai “jumud” dan “kolot”.

“Ini penyakit yang harus diubati bermula dengan sikap pemimpin,” tegas Anwar.

“Mula (anggap) Melayu malas, kemudian (anggap) Melayu senang terima rasuah.”

Semalam apabila ditanya mengenai kedudukan Malaysia dalam indeks persepsi rasuah, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat memberi jaminan pentadbirannya tidak melindungi mana-mana individu daripada pendakwaan kes rasuah.

Beliau bagaimanapun menambah “kita tidak tahu sama ada dulu ada pendakwaan terpilih atau tidak”. – FMT

oleh: Jason Thomas

kredit foto: BH Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: