Berita | Tentera Russia dakwa berjaya kawal bandar Kherson

MOSCOW: Tentera Russia hari ini mendakwa berjaya menguasai bandar Kherson di selatan Ukraine, ketika pencerobohan Russia di negara pro-Barat itu memasuki hari ketujuh.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Russia, Igor Konashenkov, mendakwa susulan penguasaan itu, perkhidmatan awam dan pengangkutan kekal beroperasi seperti biasa.

“Angkatan tentera Russia sudah menguasai penuh wilayah pusat Kherson, bandar ini tidak mengalami sebarang kekurangan bekalan makanan dan barangan keperluan,” katanya dalam ucapan yang disiarkan menerusi televisyen.

Konashenkov berkata, rundingan sedang berjalan antara tentera Russia dan pihak berkuasa tempatan bagi mengekalkan ketenteraman, melindungi penduduk dan memastikan perkhidmatan awam berfungsi.

Datuk Bandar Kherson, Igor Kolykhaiev, menerusi Facebook berkata: “Kami masih Ukraine. Kekal utuh”.

Kenyataan beliau juga dilihat bertentangan dengan Konashenkov, apabila memaklumkan pihaknya sedang mencari jalan untuk ‘mengumpul mayat’ dan ‘memulihkan bekalan elektrik, gas, air dan pemanasan yang mengalami kerosakan’.

Khamis lalu, Presiden Russia, Vladimir Putin mengarahkan tenteranya menceroboh Ukraine untuk menyerang ‘aset ketenteraan’ dan ‘nazi’ di Ukraine.

Menurut Konashenkov, tentera Russia sudah merosakkan lebih 1,500 fasiliti ketenteraan di Ukraine setakat hari ini, selain 58 pesawat, 46 dron dan 472 kereta kebal serta kereta perisai dimusnahkan.

Sementara itu, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, berkata delegasi Russia sedia meneruskan rundingan kedua dengan delegasi Ukraine petang ini.

Katanya, pembantu Putin, Vladimir Medinsky, akan kekal sebagai ketua delegasi tetapi tidak memaklumkan di mana rundingan kali kedua akan diadakan.

Rundingan pertama di sempadan Ukraine-Belarus semalam gagal mencapai sebarang kemajuan dan tentera Russia masih meneruskan serangan walaupun ketika rundingan berjalan. – AFP

kredit foto: TheMoscowTimes

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: