Berita | Kapal kargo Bangladesh terkena serangan di Ukraine

Dhaka: Sebuah kapal kargo milik Bangladesh di pelabuhan Olvia di Laut Hitam di Ukraine terkena serangan peluru berpandu atau bom, yang meragut nyawa seorang kru.

Pengarah Eksekutif Bangladesh Shipping Corp, Pijush Dutta berkata, pihaknya tidak pasti serangan berkenaan dilakukan oleh pihak mana.

“Kapal itu diserang dan seorang jurutera terbunuh. Saya tidak pasti sama ada ia peluru berpandu atau bom, atau pihak mana yang melancarkan serangan.

“Baki 28 kru kapal lain tidak mengalami kecederaan,” katanya, tanpa memberi perincian lanjut.

Pegawai Kementerian Luar Bangladesh memaklumkan, kapal Banglar Samriddhi yang belayar di bawah bendera Bangladesh, terperangkap di pelabuhan Olvia sejak pencerobohan Rusia di Ukraine bermula 24 Februari lalu.

Jelasnya, kapal itu diserang peluru berpandu pada petang kelmarin. – REUTERS

kredit foto: KhaleejTimes

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: