Berita | Pemilihan Presiden Korea Selatan bermula di tengah lonjakan COVID-19

SEOUL: Korea Selatan mula melaksanakan pengundian awal bagi pilihan raya presiden hari ini dengan dibayangi pandemik berikutan sehingga sejuta pengundi dengan COVID-19 dijangka mengundi ketika lonjakan kes direkodkan di negara itu.

Petugas pilihan raya dibekalkan peralatan perlindungan diri termasuk sut, cermin mata keselamatan sementara pengundi pula perlu menggunakan cecair sanitasi serta memakai sarung tangan, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan.

Lebih 800,000 pengundi adalah mereka yang diperintahkan duduk di rumah bagi mengekang penularan COVID-19 dan hampir 800 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi.

Mereka yang dijangkiti atau sedang menjalani kuarantin dibenarkan hadir dengan menaiki teksi atau ambulans yang disediakan kerajaan tempatan untuk ke pusat pengundian bagi mengundi menerusi saluran isolasi.

Mereka diperuntukkan masa satu jam pada penghujung hari kedua pengundian awal dan satu setengah jam pada hari terakhir pada Rabu.

Sebelum ini Korea Selatan antara negara yang menyerlah dengan pendekatannya agresif membendung penularan COVID-19 menerusi ujian agresif dan pengesanan kontak.

Walaupun pengurusan pandemik negara bukan fokus utama kempen, lonjakan kes disebabkan varian omicron pada minggu lalu menjejaskan proses mengundi calon berikutan lonjakan kes ke paras tertinggi.

Pemilihan itu bagi menggantikan Presiden Moon Jae-in yang tidak lagi dapat bertanding semula berikutan had penggal pemerintahan.

Yoon Suk-yeol mendapat kelebihan apabila seorang rakan konservatif menarik diri semalam dan memberikan sokongannya kepada Yoon.

Parti pemerintah Moon diwakili oleh Lee Jae-myung.

Pemilihan itu bagi mencari calon presiden yang mampu ‘membersihkan’ polarisasi politik, rasuah, menangani peningkatan harga kediaman dan ketidaksaksamaan yang membelenggu pertumbuhan negara ekonomi keempat terbesar Asia itu.

Yoon adalah calon yang mendorong mereka yang dijangkiti COVID-19 atau sedang menjalani kuarantin untuk hadir mengundi, mewakili sebahagian daripada lebih 40 juta pengundi yang layak.

Korea Selatan mengadakan pilihan raya kebangsaan pada 2020 dan pilihan raya wilayah tahun lalu, dengan pengundi yang dijangkiti dikehendaki menghantar kertas undi mereka atau menggunakan pusat pengundian khas di hospital. Ketika itu jangkitan harian COVID-19 adalah dalam lingkungan ratusan dan direkodkan sebagai jumlah tertinggi pada ketika itu.

Bagaimanapun pada minggu ini jumlah kes melepasi 200,000 kes.

Walaupun berdepan lonjakan kes, Korea Selatan menarik balik sebahagian sekatan dalam beberapa hari ini dan menggantung penggunaan skim pengesanan digital yang terbukti berkesan dalam membendung virus itu. – REUTERS

kredit foto: RANDCorporation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: