Berita | Pemimpin parti pemerintah Korea Selatan cedera dipukul di kepala

SEOUL: Pemimpin parti pemerintah Korea Selatan dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul individu tidak dikenali ketika berkempen, menjelang pilihan raya Presiden minggu ini.

Berdasarkan rakaman yang dimuat naik di YouTube, pemimpin dari parti Demokrat, Song Young-gil, dipukul dengan penukul dari belakang selepas didekati seorang individu yang memakai jubah tradisional.

Biarpun tidak dapat disahkan rakaman terbabit, pegawai parti berkenaan memaklumkan Young-gil kini berada dalam keadaan stabil, manakala individu yang melakukan serangan itu, diserahkan kepada polis.

“Keganasan memberi ancaman kepada demokrasi dan ia tidak boleh diterima sama sekali,” kata calon Presiden parti Demokrat, Lee Jae-myung, ketika berucap dalam kempennya di Busan.

Jae-myung berdepan saingan sengit daripada pencabarnya, Yoon Suk-yeol yang mewakili Parti Kuasa Rakyat selepas rekod menunjukkan sejumlah 37 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab dalam tempoh dua hari pengundian khas ‘absentee voting’ (proses pengundian untuk mereka yang dijangkiti COVID-19) yang berakhir Sabtu lalu.

Terdahulu, angka harian kes COVID-19 yang mencecah lebih 200,000 dengan lebih sejuta pesakit menerima rawatan di kediaman masing-masing menyebabkan Parlimen Korea Selatan meluluskan pindaan undang-undang memudahkan pesakit untuk mengundi.

Bagaimanapun, keadaan kelam kabut berlaku di kebanyakan pusat mengundi dikhaskan untuk pesakit COVID-19 menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan (NEC) berulang kali memohon maaf kerana gagal memastikan kelancaran proses mengundi.

“Semua masalah itu berpunca daripada kegagalan kami dalam membuat persiapan yang rapi dan kami bertanggungjawab sepenuhnya kerana gagal memenuhi kepercayaan dan jangkaan orang ramai.

“Tiada unsur berlaku jenayah dikesan,” menurut NEC dalam kenyataan. – REUTERS

credit photo: TellerReport

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: