Berita | DAKN 2030 : Manfaatkan Dasar Perindustrian 4.0 demi pembangunan mampan
KUALA LUMPUR : DAKN 2030 akan memanfaatkan revolusi digital dengan mentransformasi sektor pertanian termasuk agrikomoditi melalui pembangunan pelbagai teknologi canggih seperti robotik, dron dan kepintaran buatan (artificial intelligence), kata Menteri KPPK, Zuraida Kamaruddin.
“Ini seterusnya akan dapat melahirkan pekebun kecil dan peladang pintar yang mengamalkan pertanian moden dan bakal meningkatkan daya saing usahawan bumiputera dalam sektor industri hiliran agrikomoditi menyokong penggunaannya demi kebaikan sosial, ekonomi dan alam sekitar”.
“Justeru, DAKN2030 telah dirangka sejajar dengan agenda-agenda kelestarian alam sekitar dan perubahan iklim serta obligasi Malaysia dalam konvensyen dan pertubuhan di peringkat antarabangsa”.
“Melalui DAKN 2030, pelbagai inisiatif dan strategi telah dirangka bagi menyokong pertumbuhan hijau dan menjadikan kemampanan sebagai antara elemen utama dalam agenda pembangunan sektor agrikomoditi termasuk amalan ekonomi kitaran (circular economy) yang akan diberi tumpuan bagi memacu pengeluaran dan penggunaan mampan di sepanjang rantaian nilai dalam sektor agrikomoditi. – PPI
kredit foto: FB Zuraida Kamaruddin