Berita | Empat mangsa dikhuatiri tertimbus

KUALA LUMPUR – Empat mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di Ampang pada lewat petang Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa dipercayai membabitkan penghuni di dalam rumah dan pekerja binaan berhampiran.

Bagaimanapun, beliau berkata, maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa terbabit sedang giat dijalankan.

“Kita menerima panggilan pada jam 5.64 petang dan saya dimaklumkan ada beberapa orang dilaporkan cedera dan maklumat awal ada empat mangsa.

“Mangsa terbabit dipercayai melibatkan penghuni di dalam rumah dan pekerja binaan yang menjalankan kerja di kawasan berhampiran rumah tersebut.

“Maklumat lanjut kita akan maklumkan kemudian,” katanya dihubungi Sinar Harian pada Khamis. – Sinar Harian

oleh: Mohd Azlim Zainury

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: