Berita | Orang diparol dalam tenaga kerja bukan buruh paksa, kata Zuraida

BUTTERWORTH: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin menggesa negara Barat tidak memasukkan orang diparol yang bekerja sebagai petunjuk buruh paksa.

Katanya, negara yang melabelkan orang diparol bekerja sebagai buruh paksa bertentangan semangat Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), yang menggesa keterangkuman dan diskriminasi dihentikan terhadap kumpulan rentan.

Zuraida berkata, kerajaan hanya memberikan parol kepada banduan terpilih yang disabitkan dengan jenayah kecil dan ditawarkan pekerjaan yang paling sesuai dengan mereka.

“Mereka ini dianggap terpinggir. Kementerian Sumber Manusia turut memilih mereka untuk menyertai tenaga kerja.

“Mereka tidak patut didefinisikan sebagai buruh paksa,” katanya dalam forum Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai Buruh Paksa di Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ini.

Sistem parol membenarkan banduan tertentu dibebaskan dari penjara dan menjalani baki hukuman mereka dengan syarat berkelakuan baik. Terdapat kira-kira 41,000 orang diparol setakat tahun lalu, seorang pegawai penjara dilaporkan berkata.

Dalam perkembangan lain, Zuraida berkata, Sime Darby Plantation Bhd (SDP) masih tidak boleh mengeksport minyak sawit dan produk berkaitannya ke Amerika Syarikat disebabkan isu buruh paksa.

Beliau berkata, kenyataannya semalam bahawa SDP dibenarkan mengeksport produknya ke AS semula tidak tepat dan ia membabitkan syarikat lain yang tidak dinamakannya.

“Ia bukan SDP. Sekatan itu masih kekal (untuk mereka) kerana mereka (AS) masih tidak puas hati.” – FMT

oleh: Predeep Nambiar

kredit foto: MalaysiaNewsTV

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: