Berita | PRN Johor: Wajib pilih calon tempatan, faham nadi rakyat

Ulu Tiram: Dalam PRN Johor, saya harap pengundi DUN Tiram tidak keliru apabila terpaksa memilih 7 orang calon dari pelbagai latar parti, kata Jailani Kasmodin, salah seorang pengundi di DUN Ulu Tiram.

“Saya yakin pengundi sini keliru apabila terdapat banyak calon, namun yang pasti kami di sini memilih anak tempatan kerana anak tempatanlah yang lebih memahami kehendak dan harapan masyarakatnya”.

Tambah Jailani lagi, lebih sukar untuk memilih jika merujuk kepada pencapaian lepas wakil rakyat di sini kerana wakil rakyat di sini tidak mengangkat suara rakyat di sini selepas mendapat mandat.

Bagi Rahimah Saat pula, semua calon di DUN Ulu Tiram mempunyai peluang yang sama untuk dipilih walaupun persaingannya sengit.

“Walaupun rakyat di sini berhadapan dengan banyak pilihan calon, namun kami di DUN Tiram melihat anak tempatan sebagai indikator utama untuk dipilih”.

“Jika merujuk kepada indikator anak tempatan, ini memberi peluang yang besar kepada Ustaz Azmi Ali untuk dipilih kerana statusnya sebagai anak tempatan sangat memberinya kelebihan”.

DUN Ulu Tiram menyaksikan pertandingan tujuh penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. PN menampilkan Karim Deraman daripada PAS, S Gopalakrishnan daripada PKR, Azizul Bachok daripada BN; Datuk Abdul Aziz Harun daripada Pejuang; UstazAzmi Ali daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM), dan dua calon bebas, Balasundram dan Jayasangkar. – PPI

kredit foto: MyKMU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: