Berita | Kes harian menurun ke paras 22,500 jangkitan, 87 lagi korban

22,535 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,468,888 kes.

Sebanyak 25,356 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3,468,888.

Ketika ini, 320,876 kes aktif direkodkan, dengan 309,214 atau 96.4% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 2,574 (0.8%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 8,704 (2.7%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 384 kes dan 222 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 57.8% dengan kes Covid-19 merangkumi 43.8% daripadanya.

87 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 25 kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 33,807 orang. – MalaysiaNow

kredit foto: Channel News Asia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: