Berita | ‘Kena sabar, masyarakat tak faham’, Hadi minta ahli PAS istiqamah susulan PRN Johor

PETALING JAYA: Susulan kekalahan teruk pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan partinya tetap tidak akan bekerjasama dengan pihak lain bagi tujuan yang salah dan terpesong walaupun ditawarkan “kerusi, jawatan, harta dan lain-lain”.

Hadi turut meminta akar umbi parti itu “untuk beristiqamah dan bersabar, walaupun tidak mendapat sokongan masyarakat yang tidak memahami”, katanya di Facebook.

Ahli Parlimen Marang itu bagaimanapun tidak mengaitkan kenyataan berkenaan kepada PRN Johor. Sebelum ini Hadi dilaporkan berkata, pengundi Melayu Johor kurang kesedaran politik Islam.

PRN Johor menyaksikan PAS tewas di 14 daripada 15 kerusi yang ditandingi bawah payung Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.

PAS mengasaskan Muafakat Nasional (MN) dengan Umno pada 2019 tetapi memilih untuk bekerjasama dengan Bersatu bawah PN pada PRN Melaka dan Johor.

Susulan itu, hubungan PAS dan Umno semakin tegang dan dijangka menjadi topik perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno yang bermula esok.

Semalam, bekas pemimpin PAS, Khairuddin Aman Razali keluar parti itu selepas membidas kalangan pimpinan PAS yang membuang budaya politik matang dan sejahtera parti itu “jauh ke dalam Laut China Selatan” semasa PRN Johor.

“Perlu diterima hakikat bahawa serangan keras bertali arus oleh pimpinan utama PAS dan PN terhadap Umno atau BN yang masih lagi menjadi rakan muafakat PAS menerusi MN meliarkan golongan atas pagar untuk mengundi PAS dan PN,” kata Khairuddin yang dipecat oleh Hadi sebelum ini sebagai ahli Jawatankuasa Pusat parti.

Hari ini, Hadi terus menampilkan PAS sebagai parti berakhlak tinggi yang tidak berkompromi dalam isu moral.

“PAS berwawasan keredaan Allah dari dunia sehingga akhirat, bukan sekadar mencari publisiti bagi memenangi pilihan raya dan mendapat kerusi atau jawatan tanpa prinsip dan akhlak,” katanya.

“Lebih-lebih lagi jika membisu terhadap kemungkaran dan perpecahan yang memburukkan keadaan umat dengan menipu masyarakat umum,” kata Hadi. – FMT

kredit foto: MalaysiaKini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: