Berita | Kerjasama dengan PN? Jangan harap, kata Ketua Pemuda DAP

PETALING JAYA: Ketua Pemuda DAP menegaskan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dianggap sebagai “tidak dapat diterima dan tidak boleh dipertimbang”, susulan gesaan pembangkang agar bersama dengan parti berfikiran sama, termasuk gabungan dipimpin Muhyiddin Yassin.

Howard Lee, yang juga Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), berkata PH dan PN “berbeza dan tidak mungkin sependapat”.

Katanya, PN bukan parti pembangkang, malah satu daripada gabungan membentuk kerajaan hari ini, dan pernah mengkhianati mandat rakyat, merujuk kepada ‘Langkah Sheraton’, yang dilakukan pada Februari 2020, mengakibatkan kerajaan PH tumbang.

“Tesis ini yang mahukan pembangkang bersatu termasuk membabitkan PN tidak mempunyai makna melainkan PN menarik diri daripada kerajaan, semua menterinya meletakkan jawatan, atau ditendang keluar oleh Barisan Nasional yang disokong Ahli Parlimennya,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, dalam kenyataan bersama, enam Ketua Pemuda Amanah, menyarankan PH bekerjasama dengan PN – termasuk parti berfikiran sama seperti Pejuang dan MUDA – berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), berikutan kekalahan teruk, pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, Sabtu lalu.

Lee juga mencabar Amanah, dengan mempersoal sama ada parti itu sanggup berunding dengan PAS dalam perspektif pakatan pilihan raya menerusi pendekatan “penyatuan khemah besar pembangkang”.

“Bagaimana kita mahu mendamaikan dasar dan ideologi berbeza seperti PAS, yang menjadi tulang belakang jentera PN di lapangan?”

Lee berkata, sekiranya PH berhasrat meneroka bentuk kerjasama di mana intipatinya untuk menewaskan musuh yang sama, bagaimana yakinnya kita “perceraian demi manfaat” dengan Umno di PRN Melaka dan Johor, adalah tulen”.

“Lebih-lebih lagi, dua parti Melayu itu masih lagi utuh di peringkat kerajaan pusat,” katanya.

Lee juga menyelar enam Ketua Pemuda Amanah itu, dengan menuntut individu tertentu meletakkan jawatan susulan siri kekalahan pilihan raya dialami PH.

“Saya dengan hormatnya gesaan supaya bertanggungjawab, termasuk pihak tertentu meletakkan jawatan turut dibawa juga dalam parti mereka sendiri.” – FMT

credit photo: Yusof Mat Isa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: