Berita | NATSEM 2022 perkukuhkan lagi sektor perladangan negara
KUALA LUMPUR : Majlis 15th ISP National Seminar 2022 (NATSEM 2022) ‘Addressing Challenges in Plantation Management’ anjuran Incorporated Society of Planters (ISP) bertujuan mengukuhkan lagi industri perladangan negara, kata Menteri KPPK Zuraida Kamaruddin.
Seminar yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 14 hingga 15 Mac 2022 ini juga membincangkan dan berkongsi pendapat untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh sektor perladangan negara”.
“Tema pada kali ini adalah sangat sesuai dan tepat pada masanya kerana sektor perladangan khususnya minyak sawit menghadapi pelbagai cabaran seperti pandemik Covid-19, perubahan cuaca yang tidak menentu dan isu kekurangan tenaga kerja”.
Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Timbalan Ketua Setiausaha Perladangan & Komoditi, Tuan Mad Zaidi bin Mohd Karli bersama-sama Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Parveez bin Ghulam Kadir, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MPOC, Puan Wan Aishah Wan Hamid. – PPI
credit photo: FB Incorporated Society of Planters