Berita | Endemik: Selangor tidak perketat SOP di bazar Ramadan

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor tidak menambah atau memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di bazar Ramadan berikutan peralihan fasa pandemik kepada endemik pada April depan.

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) cuma diminta untuk mengawal keadaan di bazar Ramadan seperti memastikan penjarakan sosial dan peletakan gerai dilaksanakan mengikut SOP sedia ada.

Menurut Mariah Mahmud, walaupun kuasa mengetatkan SOP tertakluk kepada kerajaan Persekutuan, pihaknya akan meneruskan advokasi meningkatkan kesedaran rakyat untuk terus mematuhinya.

“Kerajaan negeri tidak bercadang menambah atau mengetatkan SOP sedia ada kerana rakyat sudah kembali kepada keadaan yang hampir normal dan masing-masing tidak sanggup untuk disekat.

“Namun bagi perancangan di bulan Ramadan dan sebagainya, pihak PBT masih perlu mengawal keadaan seperti penjarakan dan peletakan gerai-gerai,” katanya ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Dewan Negeri Selangor di sini, pada Rabu.

Siti Mariah berkata, bagaimanapun rakyat perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk terus mematuhi SOP sedia ada walaupun akan memasuki fasa endemik.

“Walaupun sempadan sudah dibuka, kehidupan dan aktiviti ekonomi kembali kepada sediakala, maka beratnya (tanggungjawab) kepada diri kita sendiri.

“Bagi saya, SOP itu perlu kita teruskan iaitu penjagaan kendiri seperti memakai pelitup muka, menjaga penjarakan sosial, kebersihan kendiri dan meningkat kesedaran untuk membuat ujian saringan sendiri walaupun kita memasuki fasa endemik.

“Sekiranya berlaku perhimpunan atau kesesakan, menjadi tanggungjawab kita untuk tidak mendedahkan diri kepada keadaan itu,” katanya.

oleh: Engku Shariful Azni

kredit foto: MalayMail

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: