Berita | Set karaoke guna perisian salinan langgaran dirampas

BUKIT MERTAJAM – Dua pusat hiburan di Jalan Perusahaan Juru Autocity dan Jalan Icon City, di sini diserbu pada Selasa selepas dilaporkan memiliki set karaoke yang mengandungi salinan langgaran bagi kegunaan perniagaan.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang bersama wakil dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) atas aduan wakil pemilik hak cipta.

Pengarah KPDNHEP Pulau Pinang, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata, serbuan yang dilakukan bermula jam 2 petang itu telah merampas dua unit set karaoke, dua unit amplifier dan dua unit televisyen.

Menurutnya, turut dirampas empat unit speaker dan enam unit mikrofon bagi tujuan siasatan lanjut dengan anggaran sitaan bernilai RM140,000.

“KPDNHEP ingin ingatkan mana-mana orang yang yang menggunakan karya hak cipta bagi aktiviti perniagaan supaya mrmohon kelulusan daripada pemilik karya hak cipta.

“Kegagalan mana-mana pihak akan dikenakan tindakan tegas atas pelanggaran yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Mohd Ridzuan berkata, kedua-dua kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta Hak Cipta 1987.

Jelasnya mana-mana orang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih daripada RM 20,000 bagi setiap salinan langgaran.

Selain itu, katanya mereka juga berdepan dengan hukuman penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.- Sinar Harian

Oleh: Mohd Iskandar Othman

kredit foto: Sinar Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: