Berita | NATO tuduh China sokong Russia

BRUSSELS: Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg menuduh China memberi sokongan politik kepada Russia di saat negara itu menyerang Ukraine dan memberi amaran kepada Beijing supaya tidak memberikan sokongan bekalan dalam usaha perang Moscow.

“China menyediakan Russia dengan sokongan politik, termasuk menyebarkan pembohongan secara terang-terangan serta maklumat salah dan sekutu bimbang China boleh memberikan sokongan bahan untuk pencerobohan Russia.

“Saya menjangkakan pemimpin akan menyeru China menunaikan tanggungjawabnya sebagai ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menahan diri daripada menyokong usaha perang Russia dan menyertai seluruh dunia dalam menyeru supaya perang ini ditamatkan dengan segera dan aman,” kata Stoltenberg menjelang sidang kemuncak Nato yang mendesak hari ini.

Sebelum ini, Menteri Luar China, Wang Yi berkata negara itu akan berada di pihak yang benar dan pendirian mereka selari dengan kemahuan banyak negara lain.

“China tidak akan menerima sebarang paksaan atau tekanan luar malah menentang sebarang tuduhan dan syak wasangka yang tidak berasas terhadap kami,” katanya kepada media menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kementeriannya.

Kenyataan Yi itu dibuat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengeluarkan amaran kepada rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping, mengenai ‘akibat’ sekiranya Beijing memberi sokongan material kepada pencerobohan Russia ke atas Ukraine. – AFP

kredit foto: TheNewYorkTimes

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: