Berita | Russia usir diplomat AS

MOSCOW: Russia semalam mengusir diplomat Amerika Syarikat (AS) sebagai tindakan balas terhadap langkah Washington untuk mengeluarkan 12 wakil Moscow ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berpangkalan di New York.

“Pada 23 Mac, satu nota dengan senarai diplomat Amerika yang diisytiharkan sebagai ‘persona non grata’ diserahkan kepada ketua misi diplomatik Amerika yang dipanggil ke kementerian luar negeri,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Jurucakap Jabatan Negara AS mengesahkan menerima senarai itu daripada Moscow.

“Ini adalah langkah terbaru Russia yang tidak membantu dan tidak produktif dalam hubungan dua hala kami. Kami menyeru kerajaan Russia untuk menamatkan penyingkiran diplomat dan kakitangan AS yang tidak wajar.

“Sekarang lebih daripada sebelumnya adalah penting negara kita mempunyai kakitangan diplomatik yang diperlukan untuk memudahkan komunikasi antara kerajaan kita,” kata pegawai itu.

AS mengusir 12 anggota misi diplomatik Russia ke PBB pada awal Mac di tengah-tengah krisis terbuka dengan Russia ke atas Ukraine atas tuduhan pengintipan.

“AS sudah memaklumkan kepada misi Russia kami sedang memulakan proses untuk mengusir 12 anggota operasi perisikan dari misi Russia yang menyalahgunakan keistimewaan mereka untuk bermastautin di AS dengan terbabit dalam aktiviti pengintipan yang menjejaskan keselamatan negara kita,” kata jurucakap misi AS ke PBB, Olivia Dalton, dalam satu kenyataan. – REUTERS

kredit foto: TASS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: