Berita | Kerjasama multilateral jalan terbaik atasi konflik Laut China Selatan

KUALA LUMPUR – Kerjasama multilateral antara semua negara terlibat merupakan jalan terbaik untuk menentang tuntutan China di Laut China Selatan menerusi sembilan garis putus yang mengunjur dari utara ke selatan sehingga ke perairan Sarawak.

Media antarabangsa baru-baru ini melaporkan, sekurang-kurangnya tiga buah pulau di sekitar kawasan yang pertikaian tersebut telah dibina dilengkapkan sepenuhnya dengan kelengkapan ketenteraan oleh kerajaan China.

Kawasan maritim yang dituntut sebagai sebahagian daripada negara China itu bertindih dengan beberapa negara di sekitar perairan tersebut termasuk Vietnam, Filipina, Brunei dan Indonesia.

Jeneral Pemerintah, Tentera Amerika Syarikat Pasifik (USARPAC), Jeneral Charles A. Flynn berkata, jalan terbaik untuk menghadapi ancaman dari China tersebut adalah menerusi kerjasama dan latihan ketenteraan lebih mendalam antara negara-negara terlibat.

“Hubungan bilateral antara Amerika Syarikat (AS) dan hubungan multilateral antara negara terlibat amat penting untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian di perairan terbabit.

“Untuk menyelesaikan masalah yang sangat kompleks seperti ini, cara terbaik adalah kerjasama multilateral antara semua pihak terlibat.

“Kebolehan untuk mengumpulkan pemimpin serantau duduk semeja untuk saling memahami dan berbincang berkenaan cabaran yang dihadapi secara peribadi, saya rasa ini adalah cara terbaik untuk menghadapi sebarang cabaran di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini pada Isnin.

Flynn berkata, pendekatan multilateral akan membantu dalam usaha untuk menjaga keselamatan kolektif negara-negara serantau dan memastikan kawasan perairan Indo-Pasifik bebas dan terbuka untuk semua pihak.

Katanya, kejayaan penganjuran pameran seperti DSA 2022 dan NATSEC serta latihan ketenteraan seperti Eksersais Keris Strike dan Bersama Warrior membuktikan kerjasama erat antara pemimpin negara serantau. – Sinar Harian

oleh: MOHD HARIS FADLI MOHD FADZIL

kredit foto: TheINS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: