Berita | Rafizi mampu teruskan perjuangan angkat Anwar sebagai PM, kata Pemuda PKR

PETALING JAYA: Rafizi Ramli perlu diberi peluang untuk berganding dengan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden PKR.

Setiausaha Pemuda PKR, Ahmad Syukri Ab Razak berkata, kembalinya Rafizi ke arena politik dapat meneruskan perjuangan mengangkat kembali Anwar sebagai Perdana Menteri selain dapat menyakinkan kembali rakyat kepada parti itu dan Pakatan Harapan (PH).

“Tidak syak lagi Rafizit boleh menggalas tugas ini (timbalan presiden), kepulangan beliau ke arena politik mendatangkan gelombang luar biasa sama ada dalaman PKR dan luar parti.

“Rugi jika beliau tidak diberi peluang untuk menjadi orang nombor dua di belakang presiden, gandingan beliau dan Anwar sudah pasti akan mengangkat semula PKR ke arah memenangi suara hati rakyat dan memenangi naratif segar dan membangunkan negara serta meneruskan perjuangan untuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri,”katanya kepada FMT.

Ditanya pertembungan nama besar bagi jawatan timbalan presiden antaranya Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi disebut bakal merebut jawatan itu akan meletakkan PKR ke kancah perpecahan, Syukri tidak menjangkakan apa yang berlaku sebelum ini bakal berulang.

“Saya tak rasa kali ini akan ada perpecahan sebab pertembungan dua nama besar ini (Rafizi-Saifuddin) pilihan baik untuk ahli PKR. PKR menampilkan dua calon bagi saya ada kredibiliti, dua calon kita ini memang boleh membawa PKR kesatu tahap yang lebih baik.

“…beliau (Rafizi) perlu diangkat ke satu kedudukan yang mana boleh berfungi maksimum untuk PKR untuk PH dan untuk politik rakyat.

“Bagi saya memang ada pertembungan itu hak demokrasi siapa juga akan bersaing, cuma anggota kita perlu melihat kepada keperluan parti dan politik di peringkat nasional, dan keperluan politik yang boleh mengangkat semula PH sebagai satu gabungan diyakini rakyat,” katanya.

Katanya, adapun isu pepecahan dalam parti ia mampu diurus dengan baik apabila PKR mengatasi gelombang perpecahan besar sebelum ini di zaman Mohamed Azmin Ali sebagai timbalan presiden.

“Kita berjaya harungi dengan baik, PKR kekal kukuh,” katanya.

Sebelum ini, Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan, mengumumkan hasrat untuk bertanding untuk jawatan tersebut, bagaimanapun Saifuddin juga antara disebut bakal merebut jawatan itu bagaimanapun belum membuat keputusan muktamad.

Seorang lagi yang turut mempunyai hasrat yang sama ialah Farhash Wafa Salvador yang dilaporkan sebagai berkata, beliau sanggup mengundur diri daripada pertandingan tersebut sekiranya Saifuddin sah bertanding untuk timbalan presiden.

Jawatan itu sebelum ini disandang Azmin sejak 2018, namun beliau telah mengambil keputusan untuk keluar parti dan menyertai Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin. – FMT

0leh: Faiz Zainudin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: