Berita | Kes harian turun ke paras 14,600 jangkitan, 56 lagi terkorban

14,692 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,234,087 kes.

Sebanyak 20,383 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3,997,786.

Ketika ini  201,232 kes aktif direkodkan, dengan 196,491 atau 97.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 555 (0.3%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 3,925 (2.0%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 261 kes dan 153 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 56.8% dengan kes Covid-19 merangkumi 29.7%.

56 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 11 kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,069 orang. – MalaysiaNow

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: