Berita | MIACES 2022 jadi medan penting lawan prejudis US dan EU
KUALA LUMPUR : Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES 2022) menjadi medan penting untuk menentang prejudis daripada Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) terhadap produk Malaysia,” kata Menteri KPPK, Zuraida Kamaruddin.
“Menerusi MIACES 2022, peserta agrikomoditi tempatan berpeluang untuk mempamerkan produk keluaran masing-masing, selain bertemu dengan peserta luar negara seterusnya membuka ruang untuk jalinan kerjasama”.
Sejumlah perwakilan dari 15 buah negara sudah menyatakan persetujuan untuk mengambil bahagian dalam acara ini.
MIACES 2022 juga dijangka menyaksikan penyertaan lima menteri dari Bangladesh, Indonesia, Sri Lanka, India dan Iran dimana sekaligus membuka ruang kepada perbincangan komprehensif dalam memperkasakan industri agrikomoditi Malaysia.
“Dengan peluang pasaran yang ditawarkan ini, ia membuka ruang kepada peserta tempatan untuk menjana pendapatan kepada negara dan meningkatkan KDNK”. – PPI
kredit foto: The Malaysian Reserve