Berita | Najib setuju berdebat dengan Anwar
SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk berdebat bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu kewangan Sapura Energy Berhad.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, pasukan Anwar dan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli boleh mengaturkan bersama pihak media yang berhasrat mahu mengadakan siaran langsung mengenai perkara terbabit.
“Sila berhubung dengan pembantu saya untuk cari tarikh terdekat yang sesuai bagi semua,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Isnin. – Sinar Harian
Oleh: Mohamnmad Khairil Ashraf Mohd Khalid
kredit foto: FMT