Berita | Selari dengan misi RM12 bilion eksport kayu-kayan, Malaysia perkukuh kerjasama dengan Pakistan
KUALA LUMPUR : KPPK menerusi Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) menjalin kerjasama dengan pemain utama industri kayu, ‘All Pakistan Timber Traders Association (APTTA)’, bagi meluaskan pasaran dan pembekalan produk kayu tempatan ke luar negara.
Menteri KPPK, Zuraida Kamaruddin berkata MoU itu diyakini antara langkah strategik KPPK dalam usaha meningkatkan eksport produk kayu-kayan negara, bertepatan dengan sasaran RM12 bilion eksport sektor kayu-kayan, bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.
MoU yang ditandatangani pemain industri berkenaan turut didedahkan dengan peluang yang boleh terus diperkukuhkan dalam sektor agrikomoditi seperti sawit, getah, lada, koko dan kenaf.
“Memandangkan Malaysia dan Pakistan sudah menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), langkah ini juga dapat membantu dalam membina kemampanan ekonomi kedua-dua negara” kata beliau lagi. – PPI