Berita | Tiada kenaikan tol 4 lebuh raya selepas kerajaan struktur semula syarikat konsesi
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya Lembah Klang di mana kadar tol tidak akan dinaikkan sehingga tamat konsesi selain dapat menjimatkan pembayaran subsidi sebanyak RM4.1 bilion.©
Dalam sebuah kenyataan Ismail berkata keputusan itu diambil selepas meneliti semua aspek meliputi bebanan penggunan, obligasi kerajaan dan perjanjian konsesi.
Empat syarikat yang menguruskan beberapa lebuh raya yang bakal menjalani penstruktutran semula itu termasuk Kesas Sdn Bhd, Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd yang menguruskan Smart, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd yang menguruskan Sprint dan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd yang menguruskan Lebuhraya Damansara- Puchong (LDP). – Malaysia Now