Berita | Russia sahkan tembak jatuh dua helikopter bawa pejuang Ukraine

MOSCOW: Tentera Russia pada Selasa memaklumkan pihaknya menembak jatuh dua helikopter Ukraine yang cuba memindahkan pemimpin batalion nasionalis yang mempertahankan pelabuhan Mariupol yang berdepan serangan.

Jurucakap Kementerian Pertahanan, Igor Konashenkov, memaklumkan ia sebahagian daripada usaha pihaknya membatalkan usaha pejuang Ukraine meninggalkan negara itu melalui laluan yang tidak dipersetujui.

“Pagi ini, 5 April, di sekitar Mariupol, percubaan baharu rejim Kyiv untuk memindahkan pemimpin batalion nasionalis Azov telah dibatalkan.

“Dua helikopter Mi-8 Ukraine, cuba menuju bandar dari laut, ditembak jatuh oleh sistem antipesawat mudah alih,” katanya.

Beliau berkata Moscow pada pagi Selasa mencadangkan pejuang Ukraine meletakkan senjata mereka dan meninggalkan bandar itu melalui laluan yang dipersetujui ke wilayah di bawah kawalan Kyiv.

Katanya, tentera Ukraine bagaimanapun mengabaikan cadangan itu.

“Memandangkan Kyiv tidak berminat untuk menyelamatkan nyawa askarnya, Mariupol akan dibebaskan daripada golongan nasionalis,” kata Konashenkov.

Minggu lalu, beliau berkata tentera Russia menembak jatuh sebuah helikopter Ukraine di kawasan Laut Azov yang dalam perjalanan untuk memindahkan komander batalion Azov, yang lantang mempertahankan Mariupol selama berminggu-minggu. – AFP

kredit foto: Reuters

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: