Berita | Terus pakai pelitup muka semasa solat berjemaah, tarawih

KOTA BHARU – Rakyat Kelantan digesa untuk terus kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama pemakaian pelitup muka semasa menunaikan solat berjemaah dan solat sunat tarawih di masjid serta madrasah di seluruh negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pemakaian pelitup muka itu penting selepas tiada lagi penjarakan fizikal semasa menunaikan solat berjemaah.

“SOP ini penting dalam usaha membendung penularan jangkitan Covid-19,” katanya selepas merasmikan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Selasa malam.

Beliau turut menunaikan solat Isyak dan sunat tarawih bersama 500 jemaah yang hadir di Madinah Ramadan.

Solat tersebut diimamkan oleh Syeikh Hisyam Abdelbary Mohamad Rageh dari Mesir.

Ahmad berkata, ketidakpatuhan terhadap SOP berkenaan dibimbangi boleh menyebabkan berlakunya semula peningkatan kes jangkitan Covid-19 selepas negara beralih ke fasa endemik 1 April lalu.

“Jumlah kes aktif di negeri ini semakin menurun dan kita perlu terus patuh kepada SOP.

“Perlu diingat, kita masih belum menang dalam melawan Covid-19,” katanya. – Sinar Harian

oleh: HAZELEN LIANA KAMARUDIN

kredit foto: MalayMail

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: