Berita | Anwar kekal Presiden, tiada pencabar dalam pemilihan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan kerusi Presiden PKR pada Pemilihan PKR 2022.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution, berkata Anwar mengulangi sejarah pemilihan parti itu pada 2018, dengan menang tanpa bertanding bagi jawatan itu selepas pencalonan bagi bertanding jawatan tertinggi parti diadakan semalam.

“Ini adalah penghormatan terbesar daripada akar umbi PKR. Saya dengan penuh takzim mengucapkan tahniah kepada saudara Anwar,” kata Saifuddin melalui Twitter pagi tadi.

Semalam, kenyataan daripada pejabat Presiden PKR memaklumkan, Anwar akan mempertahankan jawatan itu bagi penggal 2022/2025.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menghantar permohonan pencalonan pada jam 12.14 tengah hari semalam, menerusi aplikasi ADIL. – Berita Harian

oleh: Zanariah Abd Mutalib

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: