Berita | Berjaga-jaga dengan ‘scammer’ musim cukai, kata LHDN

PETALING JAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengingatkan pembayar cukai supaya berhati-hati dengan penipu dan pelbagai taktik mereka ketika musim cukai hampir berakhir.© Provided by Free Malaysia Today Bayaran tunggakan cukai hendaklah dibuat hanya kepada LHDN, bukan kepada akaun pihak ketiga.

Jurucakap LHDN, Ranjeet Kaur berkata, orang ramai juga mesti berhati-hati apabila didekati oleh pihak yang mendakwa bertindak bagi pihak pencukai, termasuk panggilan pada hujung minggu, cuti umum atau selepas waktu pejabat.

“Jangan sekali-kali menghubungi semula mana-mana nombor yang tidak dikenali,” katanya, selain menasihatkan orang ramai agar menghubungi LHDN di talian 03-8911 1000 untuk mengesahkan sebarang komunikasi yang diterima.

Orang ramai harus memastikan bahawa sebarang e-mel yang diterima dihantar daripada domain rasmi “@hasil.gov.my”, katanya.

Bayaran tunggakan cukai hendaklah dibuat hanya kepada LHDN dan tiada pembayaran atau pemindahan patut dibuat kepada akaun pihak ketiga.

Ranjeet juga berkata, orang ramai tidak boleh mendedahkan butiran perbankan peribadi, terutamanya kata laluan apabila berurusan dengan pihak yang mencurigakan.

LHDN telah menyiarkan notis kepada orang ramai mengenai taktik yang biasa digunakan oleh penipu berkaitan pengelakan cukai, aktiviti haram, siasatan cukai, keuntungan dagangan saham dan bayaran balik cukai.

Pengelakan cukai

Penipu menyamar sebagai pegawai LHDN atau polis dan menghubungi mangsa mengenai tunggakan cukai mereka melalui mesej, panggilan telefon, surat atau e-mel.

Mangsa kemudiannya diberitahu supaya memuat turun aplikasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang palsu dan mendedahkan butiran perbankan peribadi bagi tujuan “siasatan”.

Aktiviti haram

Mangsa dihubungi kerana didakwa terlibat dalam aktiviti haram seperti jenayah dan pengubahan wang haram.

Penipu menyamar sebagai pihak berkuasa, polis atau pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menakut-nakutkan mangsa dan memujuk mereka agar memindahkan wang ke dalam akaun pihak ketiga kononnya untuk mengelakkan akaun bank daripada disenarai hitam.

Siasatan cukai

Penipu yang menyamar sebagai pegawai LHDN melawat mangsa kononnya untuk mengutip cukai dan menjalankan audit lapangan dan siasatan cukai.

Mangsa diberitahu bahawa mereka telah salah memfailkan penyata cukai atau membuat pengisytiharan cukai pendapatan yang tidak tepat dan kemudiannya diminta menyerahkan dokumen dan rekod yang berkaitan.

Mereka kemudiannya diarahkan membuat bayaran tertunggak ke dalam akaun bank yang bukan milik LHDN.

Keuntungan dagangan saham

Mangsa dihubungi melalui surat atau e-mel atas dakwaan penglibatan mereka dalam aktiviti perdagangan saham dengan syarikat pelaburan. Mereka kemudiannya diminta menjelaskan tunggakan cukai mengikut arahan yang diberikan oleh penipu.

Bayaran balik cukai

Mangsa menerima e-mel palsu mengenai bayaran balik cukai yang terhutang kepada mereka dan diarahkan mengklik pada pautan palsu yang menghendaki manga mengisi butiran perbankan bagi mendapatkan bayaran balik cukai. – FMT

Oleh: Tsubasa Nair

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: