Berita | Duta Indonesia bimbang amah tak dapat gaji RM1,500

PETALING JAYA: Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono menyuarakan kebimbangan bahawa pembantu rumah dari negaranya mungkin tidak menerima gaji RM1,500 yang dijanjikan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh Malaysia dan Indonesia awal bulan ini.

MoU yang dimeterai antara Malaysia dan Indonesia dengan jelas menyatakan bahawa majikan perlu membayar pembantu rumah ‘tidak kurang daripada RM1,500’, kata Hermono yang dimeterai antara Malaysia dan Indonesia dengan jelas menyatakan bahawa majikan perlu membayar pembantu rumah ‘tidak kurang daripada RM1,500’, kata Hermono.


Beliau berkata, MoU itu dengan jelas menyatakan bahawa majikan perlu membayar pembantu rumah “tidak kurang daripada RM1,500” terus ke dalam akaun bank mereka dan pemeteraiannya oleh Menteri Sumber Manusia M Saravanan dan Menteri Tenaga Kerja Indonesia Ida Fauziyah bermakna mereka mempunyai perjanjian.

“Mungkin sekarang orang akan kata, ‘Kerajaan saya tidak setuju untuk bayar. Jadi saya ikut kerajaan saya. Saya tidak akan bayar RM1,500.

“Ini akan menjadi masalah bagi kami,” katanya kepada FMT.


Beliau mengulas kenyataan Saravanan semalam bahawa kerajaan Malaysia tidak bersetuju dengan gaji RM1,500 dan terpulang kepada majikan untuk memilih membayar jumlah itu. Beliau juga berkata, gaji yang ditetapkan dalam MoU itu “bermula RM1,200”.

Hermono berkata, beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana masih belum bercakap dengan Saravanan sejak kenyataan itu dikeluarkan.

FMT telah menghubungi pejabat Saravanan dan sedang menunggu komennya.

Minggu lepas, Hermono berkata, MoU itu mengikat “dari segi moral dan undang-undang”, selain menambah bahawa pihak berkuasa kedua-dua negara mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan terhadap sebarang pelanggaran. – FMT

oleh: Jason Thomas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: