Berita | Jepun batalkan 30 peratus kontrak beli vaksin Astrazeneca

TOKYO: Jepun membatalkan pembelian kira-kira 40 juta dos vaksin COVID-19 Astrazeneca Plc yang dipersetujuinya tahun lalu, kata seorang pegawai kementerian kesihatan di Parlimen semalam, lapor Reuters.


Kontrak itu membolehkan kerajaan membatalkan sebahagian daripada bekalan jika ia tidak diperlukan, kata pegawai itu sebagai menjawab soalan anggota Parlimen.

Jepun pada asalnya bersetuju untuk membeli 120 juta dos vaksin, dengan sebahagian besar dibuat dalam negeri oleh Daiichi Sankyo Co dan rakan kongsi tempatan yang lain.

Kira-kira 200,000 dos Astrazeneca telah dibekalkan kepada kerajaan tempatan di Jepun, manakala 63 juta dos didermakan ke luar negara, tambah pegawai itu.

Sebahagian besar suntikan vaksin di Jepun menggunakan jenis mRNA yang dibangunkan Pfizer Inc dan Moderna Inc. – REUTERS

suntingan oleh: Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: