Euro 2020: Pertemuan hambar England-Scotland catat keputusan seri

19 Jun 2021: Pertemuan antara dua pasukan tradisi Britain iaitu England dan Scotland awal pagi tadi berakhir dengan keputusan seri. Perlawanan dalam Kumpulan D ini begitu hambar dan membosankan. England menduduki tangga kedua kumpulan dengan mencatat empat mata. Manakala Scotland menghuni tangga terbawah Kumpulan D dengan satu mata. Peluang dalam Kumpulan D masih terbuka kepada semua pasukan untuk mara ke pusingan seterusnya. Republik Czech turut mencatat empat mata tetapi menduduki tangga teratas kumpulan kerana perbezaan kelebihan tiga jaringan berbanding England dengan dua jaringan. Satu lagi perlawanan Kumpulan D sebelum itu antara Croatia… Read More

Malaysia-Mesir bincang semarakan semula hubungan dua hala – PM

Usaha menyemarakkan semula hubungan dan kerjasama dua hala Malaysia-Mesir, terutama dalam konteks politik dan ekonomi, adalah antara isu yang dibincangkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Presiden Mesir Abdel Fattah Al Sisi semalam. Perdana Menteri berkata perbincangan yang julung kali diadakan secara persidangan video itu turut menyentuh isu-isu kepentingan bersama, khususnya dalam memupuk kerjasama lebih luas dalam bidang ekonomi, perdagangan, pendidikan, pelancongan dan pembangunan infrastruktur. “Saya mengambil inisiatif mengemukakan pandangan bahawa sudah tiba masanya untuk Malaysia mengeratkan semula hubungan dengan Mesir, yang mana Tuan Yang Terutama (TYT) Abdel Fattah Al Sisi menyambut baik… Read More

Malaysia tak kompromi isu Laut China Selatan

KUALA LUMPUR: Malaysia mengulangi pendirian tidak akan berkompromi dalam isu berkaitan keselamatan dan kedaulatan negara khususnya dalam kawasan di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian. Malaysia turut menggesa semua pihak lebih bersederhana dalam tingkah laku mereka di kawasan perairan berkenaan.null Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan, berkata gesaan itu dibuat oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM-Plus) ke-8 yang berlangsung secara maya semalam. Dalam mesyuarat itu, beliau turut meminta semua pihak bekerjasama bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan. “Malaysia tidak akan… Read More

Australia henti vaksin AstraZeneca individu kurang 60 tahun

SYDNEY: Australia menyarankan suntikan vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca tidak diberikan kepada individu berusia 60 tahun ke bawah. Menteri Kesihatan, Greg Hunt, berkata terdapat kebimbangan kemungkinan vaksin itu ada kaitan dengan kejadian darah beku sekali gus, bermaksud Pfizer kini ‘vaksin pilihan’ untuk golongan berusia 60 tahun ke bawah. Pihak berkuasa Australia melarang dos suntikan AstraZeneca untuk individu berumur 50 tahun ke atas pada April lalu, selepas berlaku kejadian darah beku teruk yang mungkin ada kaitan dengan vaksin itu. Larangan dibuat semalam, selepas wanita berusia 52 tahun mati kerana darah beku, selepas menerima suntikan… Read More