Sukan | Liverpool juara EPL, saingan kedudukan ketiga & keempat liga sengit!

Liga Perdana Inggeris musim 2019/2020 sudah menghampiri saingan akhir. Liverpool dinobatkan trofi kejuaraan EPL musim ini selepas menewaskan Chelsea di Anfield awal pagi tadi. Liverpool mengalahkan The Blues dengan jaringan 5-3. Kekalahan Chelsea telah membuka ruang saingan sengit bagi kedudukan ketiga dan keempat liga. Manchester City dijangka memenangi perlawanan terakhir bagi mengukuhkan kedudukan tangga kedua. Persaingan sengit antara Chelsea, Red Devil dan Leicester City bagi merebut slot tempat ketiga dan keempat. Perlawan terakhir pada Ahad ini iaitu antara Leicester City bertemu Red Devil paling menarik. Jika salah satu pasukan ini memenangi pertemuan… Read More

Sukan | Klopp: Liverpool tidak akan berhenti kejar gelaran

Jurgen Klopp memberikan amaran kepada pesaingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bahawa Liverpool ‘tidak akan berhenti’ di sebalik menamatkan penantian untuk kembali bergelar juara. The Reds menjulang trofi EPL selepas meraih kemenangan 5-3 ke atas Chelsea dalam aksi terakhir mereka di laman sendiri tanpa kehadiran penyokong di Anfield. Bagaimanapun, sambutan kejayaan itu dihadiri oleh pemain-pemain, staf kejurulatihan serta ahli keluarga yang meraikan hari penuh bersejarah The Reds. Liverpool sebelum ini tidak pernah memenangi gelaran dalam era EPL, kali terakhir mereka bergelar juara liga 30 tahun lalu ketika di bawah pimpinan Kenny Dalglish. “Kami… Read More

Sukan | Jailani Anggap BAM Berani

Oleh Helmi Talkah KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (gambar) dianggap berani susulan keputusan melantik pakar pengurusan sukan dari Amerika Syarikat (AS), Robert Gambardella sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Badminton Malaysia (ABM). Legenda badminton negara, Datuk Seri Jalani Sidek, percaya langkah itu mampu mengangkat martabat sukan itu ke satu tahap lagi khususnya membabitkan pengurusan akademi dan kemudahan yang ada. “Sebagai presiden, ini kriteria yang perlu ada dengan berani membuat keputusan yang drastik dan saya percaya Datuk Seri Norza nampak perubahan yang perlu beliau lakukan. Bagi… Read More

Koloborasi ‘Smart City’ Kukuhkan Hubungan Malaysia-Korea Selatan

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Zuraida Kamaruddin hari ini mengalu-alukan kunjungan hormat Duta Korea Selatan, H.E Lee Chi Beom yang ditemani Cik Ahn Jin Ae dan Cik Jee Eun ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. YBM Hajah Zuraida berkeyakinan tinggi bahawa KPKT dan Korea Selatan akan mampu memperkukuh lagi hubungan dua hala, khususnya dalam aspek ‘Smart City’. Jalinan kerjasama ini telah pun terpamer melalui dua projek iaitu ‘Smart Waste Management’ dan ‘Smart New Township Development’ di Kota Kinabalu, Sabah. YBM Hajah Zuraida turut mengambil kesempatan berkongsi dengan delegasi Korea Selatan tentang… Read More