Lebih 3 Juta Jangkitan COVID-19 Di Amerika, Trump Akhirnya Pakai Topeng Muka Buat Pertama Kali

Pada Sabtu lalu Presiden Donlad Trump dilihat mamakai topeng muka semasa lawatan ke Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed, setelah sekian lama menolak untuk memakai penutup muka semasa dunia berperang dengan penularan COVID-19. “Saya pakai topeng di lokasi yang sesuai,” kata Trump, ketika ditemu bual bersama wartawan di White House. Keengganan Trump untuk memakai penutup muka di khalayak ramai menjadi titik kontroversi semasa Amerika Syarikat sedang berperang dengan kes-kes COVID-19 yang terus melonjak. Sebelum berangkat ke Wlter Reed, Trump mengatakan dia ‘mungkin’ akan memakai topeng. “Saya rasa ketika anda berada di hospital,… Read More

19,111 PATI negatif COVID-19 sudah dihantar pulang

KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah menghantar pulang 19,111 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang negatif COVID-19, setakat Selasa lalu. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan daripada jumlah PATI dihantar pulang setakat 7 Julai lalu itu, kira-kira 45 peratus adalah warga Indonesia, selebihnya warga Bangladesh, Myanmar dan lain-lain. “Tiga negara tertinggi yang terbabit adalah Indonesia dengan 8,575 PATI, Bangladesh dengan 2,584 PATI dan Myanmar dengan 1,890 PATI,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. PATI yang didapati negatif COVID-19 mula dihantar pulang ke negara masing-masing secara berperingkat sejak awal bulan lalu, bermula… Read More

Pejabat Al Jazeera di Kuala Lumpur didesak tutup

Veteran UMNO mendesak supaya kerajaan menutup pejabat agensi berita antarabangsa, Al Jazeera di Kuala Lumpur kerana terbukti laporan dokumentari yang disiarkan melalui slot 101 East adalah fitnah dan cuba memburukkan nama Malaysia. Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, laporan bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang mendakwa terdapat diskriminasi perkauman ketika negara ini mengendalikan pandemik koronavirus (Covid-19) membabitkan warga asing jelas menunjukkan bahawa Al Jazeera cuba menyelewengkan fakta sebenar dan berniat jahat. Menurutnya, laporan terbaharu agensi itu membuktikan bahawa kebenaran yang diberikan kerajaan kepada mereka untuk meletakkan wakil dan membuka pejabat mereka… Read More

Amerika Syarikat sah tarik diri dari WHO

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa mengesahkan Amerika Syarikat (AS) sudah memaklumkan negara itu menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor agensi berita Xinhua. Perkara itu dimaklumkan kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Isnin. “Sebagai jawapan kepada pertanyaan, saya mengatakan pada 6 Julai 2020, AS sudah memaklumkan kepada setiausaha agung, negara itu menarik diri daripada WHO berkuat kuasa pada 6 Julai 2021,” kata jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric. “AS adalah anggota WHO sejak 21 Jun 1948. Penyertaan AS itu diterima Majlis Kesihatan Sedunia dengan syarat-syarat tertentu ditetapkan AS, yang akhirnya… Read More